Tanda - Tanda Hati Yang Kotor :(

Author: Shafinaz AinaTime: Saturday, July 21, 2012Total: 0 Comments

Assalamulaikum ,
Pade petang puasa pertama nih, aina nak share sumthing untuk korang semua. semua info ini akan memberi makna kepada para pembaca semua. 

Ramai yang tak sedar akan kelakuan kita sendiri. so , apa yang aina share ni maybe pernah kita lakukan even aina sendiri. sama-sama laa kita berubah ke arah kebaikan .

Antara tanda-tanda hati kotor ialah :

  • gelisah walaupun tiada masalah
  • selalu berbangga dengan diri sendiri
  • angkuh dan memandang hina terhadap orang lain
  • sombong dan bongkak
  • selalu mengintai keabaian orang lain dan menyebarkannya
  • suka mengumpat dan membuka aib orang lain
  • gembira melihat orang yang lebih susah dan rendah darinya
  • lidah yang tajam dan laser
  • suka menyakiti hati orang dengan sindiran
  • berlagak alim semata-mata untuk pujian
  • menyampaikan ilmu dengan riak
  • menganggap diri lebih hebat daripada orang lain
  • berpakaian elok untuk dipuji
  • derhaka kepada orang tua ( ibu bapa)
  • talam dua muka ( baik di depan tapi jahat dibelakang )
  • suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada
  • solat yang tidak boleh khusyuk*
  • kagum terhadap diri sendiri
  • selalu mencari kesalahan orang lain
  • cinta kepada duniawi
  • materialistik
  • mudah bersangka buruk terhadap orang lain
  • membesar-besarkan perkara yang kecil
  • suka mendengar gosip
  • suka menabur fitnah
  • menggunakan agama sebagai kepentingan peribadi
  • dengki kerana kepentingan duniawi
aina nak mohon maaf kalau apa yang aina share nih salah. aina hnya mahu share demi kebaikan kita bersama.
assalamulaikum . selamat berbuka puasa =)


THANKS FOR READING!