Hadis Rasulullah Giveaway

Author: Shafinaz AinaTime: Thursday, December 20, 2012Total: 0 Comments
sempena nak mnyambut tahun baru ISLAM *MaalHijrah* Aida telah menganjurkan Giveaway MaalHijrah 1434H. KLIK banner kalau nak join oke ? Hadiah dye OHSEMM tau ! 
Hadith Rasulullah:

  • BERDOA UNTUK ORANG KAFIR
    Daripada Abi Hurairah Ra bahawa Rasullullah SAW bersabda : Jangalah kamu memulakan salam kepada orang yahudi dan nasrani.
    Apabila kamu berjumpa dengan salah seorang dari mereka di jalanan , tolaklah mereka ketepi 
    ( Riwayat Turmuzi - Hasan Sahih )
  • TEPUNG TAWAR,MEMUJA PANTAI DAN MANDI SAFAR
    Tidak ada kepercayaan adanya jangkitan , tidak ada kesialan , tidak ada hal - hal tak baik kerana burung hantu , 
    dan kesialan bulan safar 
    ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
  • PAHALA MENDOAKAN ORANG LAIN
    Daripada Abi Al Dardak RA bahawasanya Rasullulah SAW bersabda : Sesiapa yang berdoa bagi saudara islamnya dengan tidak setahu saudaranya tersebut,
    berkatalah malaikat yang bertugas itu Amin..dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga.
    (Daripada Abi Al Dardak RA)
  • DOA DALAM BAHASA MALAYSIA
    Berdoalah kepada Ku , Nesaya aku akan perkenanankan bagi kamu
    ( Al Mukminun )
  • PEGANG TANGAN PASANGAN KEKASIH SEBELUM NIKAH
    Sabda Rasullullah SAW : Sesungguhnya kepala seseorang di antara kamu ditusuk dengan jarum besi
    lebih baik daripada menyentuh tangan perempuan yang tidak halal baginya.
  • LELAKI MEMAKAI BARANG PEREMPUAN
    Dari Ibnu Abbas RA katanya : Rasullullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan
    orang perempuan yang menyeruai lelaki.
    ( Riwayat Bukhari )
  • JANGAN DUDUK DI JAMUAN YANG MENGHIDANGKAN ARAK
    Sabda Rasullullah SAW : Barang siapa yang beriman kepada Allah SWT , janganlah duduk pada perjamuaan yang dihidangkan arak.
  • LAMBANG ALLAH DI BAJU TIDAK BOLEH DIBAWA KE TANDAS
    Daripada Anas RA bahawasanya Rasullullah SAW apabila ia masuk ke tandas dicabut cincinya.
    Dan adalah cincin itu diukir 3 baris.Muhammad satu baris , Rasul satu baris dan Allah satu baris
    (Riwayat ibnu Hibban )
  • ADAB BERKHATAM AL - QURAN
    Daripada Amr bin Syuib , Rasullullah SAW Bersabda : Apabila seseorang hamba Allah itu berkhatam Al - Quran ,diselawatkan ke atasnya 6000 malaikat .
  • WASIAT MENDERMA MATA
    Sabda Rasullullah SAW : Membedah mayat itu sama seperti membedahnya semasa ia masih hidup .
    ( Rawayat Abu Daud dengan sanad mengikut syarat muslim dan ditambah oleh Ibunu Majah )
  • GADIS MERAMPAS SUAMI ORANG
    Sabda Rasullullah SAW : Bukanlah dari golongan kami seseorang yang merosakkan hubungan seseorang perempuan dari suaminya.
  • KAHWIN SETELAH HAMIL
    Sabda Rasullullah SAW : Barang siapa menasabkan seorang anak kepada bukan ayahnya yang sah ,
    sedangkan diketahuinya bukan ayahnya , haramlah ia ke syurga.
  • ISTERI PAKSA SUAMI CERAIKAN DIA
    Sabda Rasullullah SAW: mana mana perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah , maka
    haramlah ia mencium bau syurga.
  • CARA SOLAT RASULULLAH S.A.W.
    Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Apabila rasulullah s.a.w berdiri untuk rakaat kedua baginda terus membaca Fatihah tanpa diam terlebih dahulu sebentar.”
    (Muslim)
  • TANDA KEBAIKAN
    Daripada Mu'awiyah r.a.,katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
    "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan." 
    (Muttafaq 'alaih) 
  • WALAUPUN SATU AYAT
    Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi s.a.w. bersaba:
    "Sampaikanlah (kepada orang lain) daripadaku, sekalipun hanya satu ayat . Berceritalah tentang kaum Bani Israil dan tidak ada halangan ke atasnya. Dan sesiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka ia menempati tempat duduknya dari neraka."
    (Riwayat Bukhari)
  • JALAN MUDAH KE SYURGA
    Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
    "Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga." 
  • DUNIA YANG TERLAKNAT
    Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah
    s.a.w. bersabda:
    "Dunia ini adalah terlaknat, terlaknat pula apa-apa yang ada di atasnya, melainkan berzikir kepada Allah dan apa-apa yang menyamainya, juga orang yang alim serta orang yang menuntut ilmu."
    Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa itu adalah Hadis hasan. 
  • MESTI KONSISTEN
    Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
    "Hai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu. Dulu ia suka sekali bangun bersolat di waktu malam, tetapi kini meninggalkan bangun solat waktu malam itu."
    (Muttafaq 'alaih) 
  • dari Umar bin Khattab berkata sabda Rasulullah s.a.w:
    "seorang mati disiksa dalam kubur menurut apa yang dijeritkan dalam tangisan keluarganya"
    (HR. Bukhari dan Muslim)
  • dari Ibnu Mas'ud berkata: sabda Rasulullah s.a.w:
    "bukan dari golongan ku orang yang memukul-mukul pipi dan merobek saku dan menjerit dengan suara kaum jahiliyah"
    (HR Bukhari dan Muslim)
  • dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a berkata:
    "Rasulullah s.a.w telah mengutuk orang yang merintih dan yang mendengarkannya"
    (HR. Abu Dawud)
  • PUASA LIDAH
    Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”
    (al-Bukhari dan Muslim)
  • Puasa Sunat, Sembahyang Sunat, Dibulan Yang Dimuliakan
    Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda “Puasa yang lebih utama selepas Ramadhan ialah puasa di dalam bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan Muharram. Manakala sembahyang sunat yang afdhal selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang sunat di waktu malam (terutama di malam bulan Ramadhan)
     (Muslim)
  • Kelebihan Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa
    Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.
    (At-Tirmidzi)
  • Orang-orang Yang Berhak Menerima Zakat 
    Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda “Orang fakir miskin (yang sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta- minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila ia mendapat sesuap atau dua suap makanan, atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma – ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. Sebenarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang mencukupi sara hidupnya. Dan ia pula malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai, dan orang ramai pula tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk diberi bantuan.( orang inilah yang sebenarnya layak diberi zakat)” 
    (Imam Ahmad)
  • Puasa Yang Berkat
    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.” 
    (Riwayat Ibnu Majah)
  • Bersifat Pemurah Dibulan Ramadhan
    “Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ketika baginda didatangi oleh jibril a.s. Jibril datang berjumpa baginda pada setiap malam lalu mengajar al-Quran kepada Baginda. Sesungguhnya Baginda bersifat pemurah dengan bersegera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.”
    (al-Bukhari dan Muslim)
  • Hidupkan Malam Ramadhan Dengan Qiamullail
    Dari Abu Hurairah r.a berkata “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
  • Puasa Penyelamat Dari Api Neraka
     Daripada Abu Said al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda “Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sahari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.”
    (al-Bukhari dan muslim)
  • Sunat Berbuka Dengan Kurma
    Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda “Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci”. 
    (Abu Daud dan at-Tirmidzi)
  • Beriman Kepada Malaikat 
    Nabi s.a.w bersabda "Sesungguhnya ada bagi Allah beberapa Malaikat yang berjalan di merata-rata bumi untuk menyampaikan salam kepadaku dari sesiapa di antara umatku yang memberi salam kepadaku, sekalipun jauh negeri orang itu dan tempat tinggalnya.
    Abdillah bin Masud r.a
  • Selawat
    Rasulullah s.a.w bersabda "Sesiapa yang berselawat kepadaku dengan sesuatu selawat, sentiasalah Malaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku; oleh itu terpulanglah kepada seseorang sama ada ia hendak berselawat sedikit atau banyak."
    Amir bin Rabiah r.a
  • Tebusan Orang Islam
    Dari Abu Musa r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda”Kelak di hari kiamat, Allah Taala mendorong setiap Yahudi atau Nasrani ke hadapan setiap orang Islam lalu firman-Nya”Inilah tebusanmu dari api neraka.”
    (Muslim)
  • Sebab Dilarang Melakukan Perbuatan Keji
    Dari Abdullah r.a Rasulullah s.a.w bersabda.”Tidak ada yang lebih suka dipuji selain dari Allah S.W.T. Kerana itu Dia memuji diri-Nya sendiri. Dan tidak ada yang lebih cemburu daripada Allah. Kerana itulah dia melarang segala yang keji.”
    (Muslim)
  • Solat Jenazah Di Dalam Masjid
    Dari Abu Salamah bin Abdur Rahman r.a katanya”Ketika Saad bin Abi Waqqas wafat, Aisyah berkata”Bawalah jenazah itu ke adalam masjid supaya aku dapat mensolatkannya . Permintaan Aisyah itu diingkari oleh banyak orang. Lalu berkata Aisyah”Demi Allah, Rasulullah s.a.w pernah solat jenazah dalam masjid untuk dua orang putera Baidha’ iaitu Suhail dan saudaranya.”
    (Muslim)
  • Solat Sambil Duduk
    Daripada Abdullah bin Syaqiq r.a bahawasanya dia bertanya kepada Aisyah r.a, katanya”Adakah nabi s.a.w solat sambil duduk?” Jawab Aisyah”Ada! Iaitu di hari-hari tua baginda.”
    (Muslim)
  • Sedekah Yang Ditolak
    Dari Ibnu ‘Umar r.a katanya”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda”Tidak diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)”
    (Muslim)
  • Dada Rasulullah S.a.w Dibelah
    Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda”Aku dibawa orang (Jibril a.s) ke telaga zamzam; di sana dadaku dibelah kemudian dibersihkan dengan air zamzam, sesudah itu aku dihantarkannya kembali ke tempatku semula.”
    (Muslim)
  • Jangan Kedekut @ Tamak!
    Asma’ r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (kepada Asma) “Nafkahkanlah dan janganlah kamu menyempitkan sedekah yang menyebabkan Allah menyempitkan (tidak mengeluarkannya) untuk kamu.” Dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam bungkusan yang kerananya Allah memutuskan berkatnya dan kesuburannya.”
    (al-Bukhari dan Muslim)

     (Muslim)
  • Zakat Dan Rasulullah s.a.w
    Dari Abu Hurairah r.a katanya”Pada suatu waktu, ketika Hasan bin Ali masih kecil, dia pernah mengambil kurma dari tompokan kurma sedekah (zakat), lalu diletakkannya ke mulutnya. Maka bersabda Rasulullah s.a.w,”Jijik, jijik, buang! Tidak tahukah kamu bahawa kita (keluarga Muhammad) tidak boleh memakan sedekah (zakat)?”
     (Muslim)
  • Bahagianya Di Alam Syurga
    Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda”Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik, tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, “Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku.” Jawab isterinya, “Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu.”
    (Muslim)
  • Menafikan Asal Keturunan Suatu Pendustaan
    Dari Wasilah bin Aqsa’ r. a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda’Sesungguhnya termasuk dusta yang amat besar bahawa seseorang menamakan dirinya bukan keturunan ayahnya atau mengaku melihat apa yang tidak dilihatnya atau mengatakan sabda Rasulullah s.a.w padahal beliau tidak bersabda begitu.”
    (al-Bukhari)
  • Cara Memandikan Jenazah
    Ummu Athiyah r.a mengatakan bahawa ketika para wanita memandikan puteri Rasulullah yang meninggal, Rasulullah bersabda kepada mereka”Mulailah dengan bahagian kanan dan anggota wudhu’nya.”
     (al-Bukhari)
  • Makmum Tidak Menanggung Dosa Imam
    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda”Mereka solat menjadi imam solat bagimu. Maka jika mereka betul, dia dan kamu akan mendapat pahala. Tetapi jika ia salah, kamu tetap mendapat pahala sedangkan mereka berdosa.”
    (al-Bukhari)
  • Siksa Kubur Itu Benar! 
    Dari Abu Ayyub r.a katanya”Rasulullah s.a.w pernah keluar rumah sebelum Maghrib, maka terdengar oleh baginda suatu suara. Kata baginda Itu suara Yahudi sedang disiksa dalam kuburnya.”
    (Muslim)
  • Fadhilat Puasa Assyura 
    Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya”Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". 
    Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu".
    (Muslim)
  • Sejarah Puasa Assyura 
    Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".
    (Muslim)
  • Pemberian Ansar Kepada Muhajirin
    Dari Anas bin Malik r.a, katanya”Waktu orang Muhajirin datang ke Madinah, mereka tidak membawa suatu apapun sedangkan orang Ansar mempunyai tanah, kebun dan rumah-rumah. Orang Ansar lalu membahagikan tanah itu dengan memberikan hasil harta itu kepada orang Muhajirin setiap tahun dan mereka (muhajirin) mencukupkan kerja dan belanja. Ibunya (ibu Anas dikenali dengan nama Ummu Sulaim) adalah ibu Abdullah bin Abu Thalhah. Ibu Anas memberikan pohon kurma kepada Rasulullah saw. lalu baginda berikannya kepada Ummu Aiman, maula baginda (hamba perempuan yang telah dimerdekakan dan diambil sebagai isteri) iaitu ibu Usamah bin Zaid. Ibnu Syihab berkata”Anas bin Malik menceritakan kepada saya bahawa nabi saw. setelah selesai memerangi penduduk Khaibar, baginda kembali ke Madinah. Waktu itu orang Muhajirin mengembalikan pemberian orang Ansar yang buahnya dahulu telah mereka ambil. Nabi saw. mengembalikan kepada ibu Anas pohon kurmanya dan Rasulullah saw. memberikan gantinya kepada Ummu Aiman dari kebun beliau sendiri.”
    (Bukhari)
  • Orang Yang Mati Syahid
    Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel r.a. (beliau adalah salah seorang antara sepuluh orang yang disaksikan akan memasuki syurga) katanya, Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid”.
    (Abu Daud dan at-Tirmidzi)
  • Berkongsi pahala 
    Dari ‘Aisyah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda”Apabila seorang isteri menyedekahkan makanan dari persediaan yang ada di rumahnya tanpa mengurangi keperluan rumahtangganya, maka si isteri itu mendapat pahala kerana dia yang menyedekahkannya dan si suami mendapat pahala kerana dia berusaha (menghasilkannya) dan seorang bendahari juga mendapat pahala tanpa berkurang sedikit pun.”
    (Muslim)
  • Kemuliaan Mati Syahid
    Dari Anas bin Malik r.a, dari nabi SAW sabdanya”Tidak ada seorangpun yang telah masuk syurga ingin kembali semula ke dunia walaupun seluruh isi bumi ini diberikan kepadanya kecuali orang-orang yang mati syahid. Orang yang mati syahid itu ingin kembali ke dunia lalu dia tewas (syahid) di dunia hingga sepuluh kali, kerana dia telah menyaksikan bagaimana mulianya orang yang mati syahid.”
    (Muslim)
  • Bohong sunat
    Dari Ummu Kalsum binti ‘Uqbah r.a sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda”Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik.”
    (Bukhari)
  • Berbuat Baik Itu Sedekah
    Dari Abu Syaibah r.a dari nabi s.a.w, sabdanya”Setiap perbuatan baik (makruf) adalah sedekah.”
    (Muslim)
  • Dilarang Puasa Sunat Apabila Tinggal Separuh Bulan Syaaban
    Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila tinggal separuh bulan Syaaban janganlah kamu semua berpuasa sunat.”
    (at-Tirmidzi)
  • Memakai Haruman 
    Dari Aisyah r.a katanya”Aku pernah memakaikan haruman ke baju ihram Rasulullah s.a.w tatkala baginda hendak berihram dan sesudah tahallul sebelum tawaf di Baitullah.”
    (Muslim)
  • Kelebihan bersedekah
    Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” 
    (Bukhari)
  • Allah Mengampuni Dosa Orang Yang Berpuasa
    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
    Riwayat Bukhari dan Muslim
  • Keadaan Seseorang Ketika Sampai Ajal
    Dari Anas r.a katanya "Rasulullah s.a.w telah masuk menziarahi seorang pemuda yang sedang berada dalam keadaan hampir mati, lalu bertanya kepadanya "Bagaimana Keadaanmu?" Pemuda itu menjawab "Aku berharap kepada (rahmat) Allah - Ya Rasulullah! - dan aku takutkan (balasan buruk) dari sebab dosa-dosa ku". Mendengarkan yang demikian, Rasulullah s.a.w bersabda Tidak berhimpun dalam hati seseorang dua perkara itu (harap dan takut) pada saat yang seperti ini, melainkan Allah memberikannya apa yang diharapkan dan menyelamatkannya dari apa yang ditakuti."
    Anas r.a
  • Ciri-ciri Orang Munafik
    Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya
    “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
    Riwayat Ahmad
  • Menghormati Orang Yang Sedang Sakit
    Dari Ibn Abbas r.a katanya "Diantara adab peraturan yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w ialah Memendekkan masa duduk dan mengurangkan bising semasa melawat orang sakit." Ibn Abbas berkata lagi "Rasulullah s.a.w bersabda ketika sahabat-sahabat banyak membuat bising dan berselisih pendapat (semasa mereka melawat Baginda yang sedang gering) "Bangunlah kamu semua tinggalkan daku!".
    Ibn Abbas r.a
  • Memuliakan Rasulullah Dan Keluarga Baginda
    Nabi s.a.w bersabda "Sesungguhnya Allah telah memilihku dan memilih untukku beberapa sahabat dan mertua serta menantu-menantu; dan (ingatlah) akan datang suatu puak yang mencaci dan membenci mereka, maka janganlah kamu bersekedudukan dengan mereka, dan janganlah kamu semakan seminum dengan mereka,dan jangan juga kamu bersemenda dengan mereka."
    Anas r.a
  • Masa Hari Kiamat Dan Huru-haranya
    Nabi s.a.w bersabda "Manusia berpeluh pada hari kiamat dengan banyaknya sehingga air peluh mereka meresap ke dalam bumi berpuluh-puluh hasta, dan menenggelami mereka sehingga sampai ke telinga masing-masing".
  • Perhimpunan Di Padang Mahsyar Sehingga Masing-masing Menerima Balasan
    Nabi s.a.w bersabda "Tuhan akan himpunkan semua manusia pada hari kiamat di atas satu bumi yang putih kemerah-merahan seperti sebiji roti gandum putih yang baharu dibakar, bumi yang suci bersih, tidak ada padanya gunung-ganang atau bukit bukau dan tidak pula ada padanya sebarang tanda atau kesan yang menunjukkan bahawa bumi itu pernah diduduki atau dimiliki orang".
    Sahl bin Sa'id As-Sa'idiy r.a
  • Hampirnya Saat-saat Kiamat
    Nabi s.a.w sabdanya "Tidak berlaku saat kiamat melainkan semasa tidak ada di dunia ini selain daripada orang-orang jahat (yang tidak mengenal baik dan buruk)."
    Ibn Mas'ud r.a
  • Tanda-tanda Kiamat
    Nabi s.a.w sabdanya "Tidak akan berlaku saat kiamat sehingga orang yang tidak tentu saka bakanya, yang buruk akhlaknya, dan yang bodoh bebal, menjadi sebahagia-bahagia manusia dengan kesenangan dunia."
    Huzaifah r.a
  • Bawang Putih Dan Bau Mulut
    Abu Ayyub r.a meriwayatkan katanya “Adalah Rasulullah SAW apabila baginda didatangkan makanan maka baginda memakan sebahagiannya dan yang lebihnya dikirim kepada ku. Pada suatu hari baginda mengirimkan kepada ku makanan yang lebih yang tidak pun dimakan sebahagiannya kerana padanya ada bawang putih. Saya bertanya kepada beliau “Apakah ia haram? Baginda bersabda “Tidak. Tetapi aku tidak menyukainya kerana baunya. Abu Ayyub berkata “Sesungguhnya saya tidak menyukai apa yang anda tidak menyukainya.”
    (HR Muslim)
  • Larangan Menyombong Diri
    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud
    “Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah”. Seseorang lelaki berkata, Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik. Baginda s.a.w. bersabda,”Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan”.
    Riwayat Muslim
  • Bersedekah Sebagai Tanda Bersyukur Dengan Rezeki Kurniaan Allah 
    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya” Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah S.W.T, sesiapa yang merasa berpada-pada maka diberikan Allah S.W.T kelegaan kepadanya.”
    Riwayat Bukhari dan Muslim
  • Kewajipan Berlaku Adil Terhadap Anak-anak
    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya”Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu. ”
    Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Nak Tag :
AWAK, AWAK dan AWAK

#sumber hadith : SINI


THANKS FOR READING!