Bront Palare Seronok Bercinta Dengan Maya Karin

Author: Shafinaz AinaTime: Wednesday, January 29, 2014Total: 0 Comments
SHOCK!!!
"Akhirnya saya bercinta dengan Maya Karin," ujar pelakon dan pengarah, Bront Palarae bercakap tentang wataknya dalam filem romantik komedi terbaru arahan Osman Ali, 'Sejoli'.Kata Bront, dia sudah beberapa kali berkerjasama dengan Maya menerusi filem, namun ini pertama kali mereka bergandingkan sebagai pasangan.
"Saya dah beberapa kali berlakon dengan Maya tapi hanya sebagai rakan atau jirannya. Dalam 'Sejoli', dapat juga saya merasa bercinta dengan Maya," ujar Bront ketika ditemui di prebiu 'Sejoli' Bersama Pelajar Universiti Teknologi Mara pada Isnin.
Tambah Bront, selain dapat berlakon bersama Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) itu, dia menerima tawaran untuk terlibat dengan 'Sejoli' kerana tertarik dengan jalan ceritanya.
"'Sejoli' berkisar tentang cinta. Tentang bagaimana rasa jatuh cinta, putus cinta dan kembali pada cinta lama. Seronok juga dapat berlakon dalam filem seperti ini sebab beberapa filem saya kebelakangan ini agak berat," kongsi Bront.
Menurut pengarah filem 'Kolumpo' ini, dia merupakan seorang yang begitu memilih apabila melibatkan tawaran berlakon.
"Saya memang sangat memilih sebab saya nak seronok ketika berkerja. Saya nak berlakon dengan produksi yang bagus serta mendapat skrip dan jalan cerita yang baik. Saya melihat berlakon bukan satu pekerjaan sebaliknya ia merupakan sebuah projek. Apabila terlibat dengan sesuatu projek, kita kena fokus sebab projek membuat filem ini melibatkan kos yang besar," jelasnya.
Selain 'Sejoli', filem lakonan Bront yang bakal menemui penonton tak lama lagi adalah 'Anak Jantan'.



THANKS FOR READING!