Balik Kampung & Result SPM

Author: Shafinaz AinaTime: Friday, March 21, 2014Total: 4 Comments
Dah lama tak update. For the followers, nnti aku follow balik. 2 3 hari ni tak mampu nak buka laptop. sebab sekarang ni duduk kat perak sebab my second brother nak kahwin. Sini takde wifi free, so nak tak nak kena langgan broadband. Dan ni yang aku malas. Broadband yang aku gune ni kejap line ok, kejap x. Tibe-tibe jea dia mati.
And for my result, walaupun tak laa sehebat straight's a. Aku tetap bangga sebab tu semua atas usaha aku sendiri. Seriously, sikit pon aku tak menangis sebab dah ni memang takdir aku. And tq kpd Cikgu Ghazali dgn Madam Salwa sbb bagi aku sokongan mase amik result hari tu. Diorg cakap insyaAllah, aku mampu capai apa yang aku nak nanti. Amiin. 
Keputusan aku hari tu, tak laa capai target aku. Tapi alhamdulillah, dapat 3a+ 3a 2a- dan 1b+. Yaaa, perasaan agak menurun mase tu, tapi tetap senyum sebab itu jea rezeki aku. Terima kasih ya Allah. Dan buat cikgu-cikgu maktab aku, maaf sebab tak semua aku pergi jumpe. Sebab aku dah hancurkan harapan diorg utk dpat straight's a. InsyaAllah, bila aku dah berjaya capai cita-cita nnti, aku akan jumpe diorg.
And tq utk mak ayah aku, walaupun aku tahu diorang sedih sebab aku tak sempurnakan keputusan aku dengan baik. Walaupun keputusan tak capai target, tapi aku still dapat hadiah. Tq sebab beli ipad baru. ingatkan nak beli iPhone sebab blackberry lama aku dah tunggu nak buang dalam kuali. Lepas fikir2, aku jarang guna phone, so aq beli laa ipad. And aku lebih selesa guna nokia hitam putih aku nie dari guna hndset canggih. Lagipun, kalau ipad boleh download game banyak2. haha

p/s: nak tunggu iPhone 6 keluar ah dlu ^^




THANKS FOR READING!

Bamboo Giveaway by shafiquestevenson.blogspot.com

Author: Shafinaz AinaTime: Monday, March 17, 2014Total: 2 Comments


THANKS FOR READING!

Couple Chocolates Cookies Contest by akugadishijabista.blogspot.com

Author: Shafinaz AinaTime: Monday, March 17, 2014Total: 2 Comments


THANKS FOR READING!

Blogger.com Menyakitkan Hati

Author: Anna QTime: Monday, March 17, 2014Total: 9 Comments
Entry ditaip dengan tangisan tak berlagu. Ceitt dah laa semalam mu kalah lawan liverpool. Hari ni buka blogger tengok kat dashboard semua blog yang aku follow hilang! Arghhhhh stress nye aku.
Hilang? Mcam mane leh hilang. Nak bukti? tengok sini 
Sejak semalam lagi jadi macam nie. Aku tak tau kenapa. Dah try refresh banyak kali still jadi macam ni. Dah clear cookies kat google chrome pon takleh. Guna ccleaner pon tak boleh. Ingatkan masalah internet ke apa. Tapi guna tengok youtube or buka web laen laju jea. Buka akaun blog yang lagi satu keluar jea blog yang aku follow. Macam mana nie? someone tolong.
Dah laa nak follow orang pon still tak boleh lagi. Ada sesetengah dah boleh follow guna alternatif lain yang *MoreOptions tu kan? Tapi aku nak log in email blog aku ni pon tak boleh. 
Haaaa! terus jadi camtu. Stresss. Tau laa result dah nak keluar ari khamis ni. Jangan laa tambah kestressan aku #ade ke kestressan ? ==' Mintak-mintak laa pihak blogger boleh selesaikan masalah nie cepat. Dah banyak kali aku hntar yang Send Feedback tu. xde pape pon =='
Hilang dah mood aku nak blogging. Maybe off sampai keluar result kot. haha. Yang ada satu blog yang aku follow tuh, guna button follow bukan google friend connect tuh. Maybe sekarang aku guna button follow tu dulu. Nak selesaikan hutang follow sponsor ga yang aku join T^T. Adioss 





THANKS FOR READING!

Tutorial: Cbox Mine Version

Author: Anna QTime: Monday, March 17, 2014Total: 1 Comments

Malam nie menaip dengan tangisan yang tak berlagu. Manchester United kalah tadi. T^T sobsobsob. Pada pandangan aku laa Rooney patut keluar jea. Dah laa main macam nak tak nak jea tadi. Haha, sori salah time.
Someone request kat aku buat tuto untuk cbox macam aku. Haha, orang mintak tolong kena laa tolongkan. *Mine Version* ayat poyo gilerkan?? Tak tau laa kalau dah ada tuto yang macam aku punya ni. NOTE: yang ni memang ori aku punya. tambah-tambah code jea.

Adik Awien ni yang request kat cbox . Lawa? Haha terima kasih T^T *terharu 
First klik SINI dulu atau SINI . TQ ^^
Macam biasa: 
 Blogger > Dashboard > Layout > Add Gadjet > HTML/Javascript
 Copy code kat bawah ni dan paste dalam ruang tu.
<center><div id="edited" style="width:240px;height:200px;box-shadow:inset 0 0 0 12px rgba(255,255,255,0.6),0 1px 2px rgba(0,0,0,0.1); background:url(URL BACKGROUND);background-position:50% 50%; no-repeat left top; padding-top:15px; padding-left:0px; position:relative" align="center">CODE CBOX</div></center>
Noted:
  • MERAH: background yang korg nak ( background google sndri ye ^^ )
  • HIJAU: code cbox
  • BIRU: lebar dan tinggi yang korang nak. kalau nak private. dlm 100px pon dh oke.
 Kalau nak yang macam aina punyer. PRIVATE. Korang cuma adjust kat code cbox tuh jea height jadi '0' utk bhgian atas cbox. Dalam code cbox tuh ade dua code 'HEIGHT' kan? tukar yang first skali ok. Faham x? x faham komen. Kalau nak tambah ayat or pape just taip jea. Kalau nak senang edit pergi ka SINI.
 Save. Sumbang kat SINI dulu atau SINI . TQ

p/s: Komen kalau tak jadi. kan nangis lak nanti T^T maaf kalau ada yang TERsalah taip. ^^




THANKS FOR READING!

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

Author: Anna QTime: Monday, March 17, 2014Total: 4 Comments


THANKS FOR READING!

Awesome Giveaway by FatinDiana

Author: Shafinaz AinaTime: Sunday, March 16, 2014Total: 4 Comments


THANKS FOR READING!

Giveaway OwnDesignBook by Norsyuhadajohan

Author: Shafinaz AinaTime: Sunday, March 16, 2014Total: 0 Comments
TAGS:
  • http://dcstudia.blogspot.com
  • http://www.jiha7.blogspot.com
  • http://chitobebearchocholategoldish.blogspot.com



THANKS FOR READING!

GA Mac 2014 by Emas Putih

Author: Shafinaz AinaTime: Sunday, March 16, 2014Total: 4 Comments
Sila tekan banner di atas jika nak join.







THANKS FOR READING!

Detective Conan #PARODY

Author: Shafinaz AinaTime: Saturday, March 15, 2014Total: 1 Comments
Tengah scroll timeline facebook, jumpe kawan aina post video detective conan. Dulu aku fanatik giler dengan citer nih. Tiap-tiap hari nak tengok. Sekarang ni dah kurang sikit. Nak tengok x video parodi yang versi malaysia punye. Sumpah lawak.

Yang palik lawak bagi aku, mase En Mouri cakap " nampaknya suspek mati dalam iman". Conan balas " Ini orang jepun, takde iman". Hahaha LOL



THANKS FOR READING!

Menyedihkan. Can't Stop

Author: Shafinaz AinaTime: Friday, March 14, 2014Total: 0 Comments
Dah lama tak update pasal pak itam aku kan? sapa yang tak kenal pak itam tu leh baca entry lame #misterikehilangan. Pak itam adalah kucing first yang aku bela sendiri dari dia kecik. Pak itam telah disahkan hilang pada hari sabtu pukul 7 pagi. Sedihhh T^T
Semalam aku mimpi dia ada kat rumah sebelah. Xtau macam mane leh tibe-tibe mimpi duk tengah main-main kat kawasan depan rumah dia. Aku dgn adik aku pon terus kejar pak itam. Tibe-tibe dia hilang. Aku kejar lagi. Lepas tu aku tengok macam ada tembok tinggi. Aku pon suruh laa adik aku dgn kawan dia lompat tembok tu. Tinggi nak mamposs! #mimpi kan ^^ aku tak lompat sbab takut. aku cuma jerit dari atas jea.
Yang paling takleh blah... kat sebelah tembok tu padang sekolah rendah aku dulu. ==' punyer laa jauh rumah aku dengan sekolah tu. #MIMPI. Lepas tu aku nampak pak itam tengak nyorok kat dalam semak. Aku jerit dekat adik and bagitau adik aku. Adik aku kejar laa kucing tu sampai dapat.
Bile dah dapat, pak itam tibe-tibe jadi garang. Sampai nak dicakarnya. Pak itam jadi laen sejak hilang tu. Dah macam tak kenal aku jea. Sedihh T^T
Lepas tu aku pon bangun dari tidur. Baru sedar yang aku cuma mimpi jea. Aku harap sangat pak itam x lupakan aku.

p/s: 
Dua tiga hari ni, tibe-tibe kulit kaki aku mengelupas. Semakin lama semakin teruk. Waaaaa, hodohnya! Dah semakin tipis laa kulit kaki aku. bile bagitau mak aku pasal kaki aku nih. Mak aku cakap aku kurang zat! lgi satu kuat sangat makan maggi! sobsobsob xde kaitan pon tu ma ==' . KURANG ZAT? aku rase terlebih zat pon ade . hahaha ^^


THANKS FOR READING!

Result SPM 2013

Author: Shafinaz AinaTime: Thursday, March 13, 2014Total: 2 Comments
Hoho, baru jea tadi update entry! sekarang nak update pulak. EXCITED nih. Buka jea facebook tadi, ade orang post pasal result.
SAHHHH! result keluar 20 MAC 2014 nih. TAKUT, SEDIH, BERDEBAR, HAPPY semua perasaan bercampur. TAKUT kalau dapat result yang kurang memuaskan. SEDIH kalau tengok keluarga, cikgu-cikgu hampa dengan result yang kita dapat. BERDEBAR nak pergi amik result nanti. HAPPY kalau keluarga dan cikgu-cikgu peluk kita dan cakap tahniah dekat kita sebab dapat result yang gempak! 
Nie gambar yang dipost oleh admin kat group KAMI BUDAK 1996.
Nie pulak pengumuman dari pihak kementerian. Nak baca? klik SINI. Rasa taknak pergi amik jea result. Takuttt! Ya Allah, aku harap sangat aku dapat result yang cemerlang untuk keluarga dan cikgu-cikgu aku. Aku harap sangat aku tidak akan hampakan diorang. 
Semoga batch 96 akan dapat result yang cemerlang. BATCH 96 akan jadi batch yang terbaik di Malaysia. Amiin.
p/s: Nak start countdown nih T^T



THANKS FOR READING!

MAS MH370 - #PrayForMH370 #4

Author: Shafinaz AinaTime: Thursday, March 13, 2014Total: 1 Comments
Lagi kisah BOMOH! Memalukan rakyat Malaysia jea sebagai negara Islam. Rakyat Malaysia yang berada kat luar negara pon turut malu dengan akibat daripada Malaysia guna bomoh untuk cari MH370.

Nasi dah jadi bubur. Seluruh rakyat Malaysia tak kire kat malaysia atau luar negara terima akibat nya. Tapi syukur laa pihak JAIS dah amik tindakan kat bomoh2 tu. Petang tadi buka RTM1, diorang kata JAIS dah bagi amaran kat bomoh tuh. Tapi kenapa lama sangat diorang amik tindakan. Bomoh ni dah lama kat KLIA tuh. Ntah laa aku pon taknak komen sangat kenapa lama sangat diorang amik tindakan. Nanti aku kena BASH pulak.
Photo: Raja Bomoh.
Rakyat yang terima akibat bile dah jadi macam nih. Jangan mudah percaya sangat kat bomoh. Dah terang-terang cara diorang tu bertentang dengan akidah Islam. Siap dengan teropong, tikar terbang laa, buah kelapa laa. Siap ade yang buat parody lagi.


Photo: Versi parodi.
Alhamdulillah, sekarang usaha dah bertambah. Solat hajat, bacaan 30 juzuk al-quran. Mudah-mudahan, Allah akan 'pulangkan' MH370 dengan keadaan selamat. Semoga Allah akan terima doa kita semua.
p/s: mohon maaf kalau ada yang salah :)


THANKS FOR READING!

MAS MH370 - #PrayForMH370 #3

Author: Shafinaz AinaTime: Wednesday, March 12, 2014Total: 4 Comments
Sekarang ni dah semakin banyak negara yang hulurkan bantuan kepada Malaysia. Syukur sebab ramai lagi yang sudi membantu. Walaupun ad yang tak bagi bantuan dari segi pesawat or kapal, diorang tetap bagi bantuan dengan doa. Berlainan agama dan bangsa tak bermakna tak boleh turut berdoa.
Sekarang nie orang Malaysia tengah bising pasal BOMOH? Memang tak salah kita cuba pelbagai cara dan usaha untuk cari MH370. Tapi sebagai negara Islam, kita tunjuk laa cara Islam yang sebenar. Kalau dah sah-sah bomoh tu guna mantera or bacaan yang bukan dari ayat al-quran. Mohon takyah percaya. Syirik nanti. Walaupun nampak mcm benda kecik jea, tetap bagi kesan yang besar dalam keimanan kita sebagai orang Islam. Yang tak berdaya tu, cukup laa sekadar berdoa dan buat solat hajat.
Dua orang FAKE PASSPORT. 
Seramai 2,200 pelajar, guru dan ibu bapa menunaikan solat hajat dianjurkan pihak SMK Bukit Jawa, Pasir Puteh.
 

p/s: KELANTAN menang lagi 2-0! Yeahhhh ^^


THANKS FOR READING!

Dikala Aku Bosan!

Author: Shafinaz AinaTime: Tuesday, March 11, 2014Total: 0 Comments
Pukul 4.30 PAGI aku post entry??? Seriously, aku memang tiap-tiap hari jadi burung hantu kalau duduk kat rumah. Jarang nak tido awal. Kalau tido awal pon kena tunggu abang-abang dengan kakak aku balik cuti kat rumah. Aku ni agak penakut sikit. Aku dah pernah kacau dengan something dan penyangak(manusia) dulu. Jadi agak menakutkan laa.

Kalau adik beradik semua ada, jadi rasa lebih selamat. Bunyi cicak or bunyi ayam berkokok pon kadang-kadang aku terkejut. Ni sahkan kalau ada manusia yang bertopengkan manusia singgah kat rumah. Dua hari lepas, ada sorang penyangak ni mari tumpang basuh tangan. Ceittt dah laa paip tu betul-betul kat tepi tingkap bilik aku. Aku yang dengar tibe-tibe naik bulu roma. Terus keluar bilik tanpa off laptop. ==' sampai dia terOFF sendiri. haha naseb baek ayah aku x tau.
As usual, pukul 2 or 3 pagi aku akan tengok movie sama ada yang aku download atau Astro. Dah abis tu baru tutup tv dan tido. kira macam nak hilangkan perasaan takot kot. Hari ni lewat sikit tengok movie sebab tibe-tibe jea rasa nak edit blog.
Jadiiiiii.... akibat daripada perasaan tu, aku pon gatai tangan nak edit sikit blog aku. Dah serabut tengok header tu. Last-last aku buat yang simple jea. Tak ada laa sakit mata aku memandang blog ni. Esok aku nak sambung edit balik ==' tak puas lagi nak edit ni!
p/s: semalam pi bandar beli baju kurung baru utk majlis kesyukuran abang kedua aku yang kawin. aku pulak yang excited ni. Tema kat rumah wrna ungu. tapi takkan laa semua nak wrna samakan? so, utk baju aku dan kakak aku wrne ungu muda dan kain kitorang sama corak. EXCITED! 23/3 pergi PERAK!


THANKS FOR READING!

Result SPM 2013

Author: Shafinaz AinaTime: Monday, March 10, 2014Total: 9 Comments
Sedang aku busy untuk cari email lama aku yang aku lupa. Ayah aina pon suruh tutup suis kipas. Tibe-tibe t'dengar suara yang begitu cukup aina kenal..... macam saspen jea! =='
   ❝ Tak lama dah nie. 
Kemudian aku pon tersedar! Laa suara mak aku rupenya. Sel-sel otak aku pon mula berhubung. #minum laa Anmum Essential. Apa yang tak lama lagi tu? Abang aku nak kawin ke? or Aku yang nak kawin ni? ==' Lepas tu dengar laa pulak ayah aku cakap.....

   ❝ Apa yang tak lama nye? 
Mak aku pon cakap... 
   ❝ RESULT SPM laaa... 
Okeeeeeeeeeeeeeee........ Aku terus angkat muka aku dan terus tengok muka mak ayah aku. Then cepat-cepat tengok laptop balik. buat-buat busy. Lepas tu terdengar mak aku cakap yang dia harap sangat aku dapat keputusan yang cemerlang. Aku pon tibe-tibe jadi *speechless* tak tau nak cakap apa. Mak ayah aku duk cakap-cakap pasal result ni. Aku senyap jeaa... Aku buat-buat tak dengar jea laa. TAKOT T^T
Perbualan diorang pon tamat. Mak aku g sambung keje dia jahit langsir untuk majlis kesyukuran abang kedua aku nanti......
Seriously, perasaan berdebar tu semakin hari semakin bertambah. Aku terbayang wajah mak ayah aku, wajah cikgu-cikgu kat maktab. Setiap malam sebelum nak tidur mesti terbayang-bayang situasi aku kat maktab mase nak amik result. 
Pergi kat meja yang cikgu tengah tunggu. Cikgu check nama dalam list. Cari result. Kemudian, cikgu tu cakap TAHNIAH aina, dapat straight's A+ dalam SPM 2013. Terus aku menangis kat situ dan cari mak ayah aku dan peluk diorang. MY HAPPY MOMENT. InsyaAllah Amiiin. Semoga akan jadi nyata :)
Setiap hari aku doa yang aku dapat result yang cemerlang. Taknak tengok mak ayah aku sedih bila aku gagal dapat keputusan yang cemerlang nanti. Tiap-tiap hari aku doa, at least aku dapat straight's A pon tak apa. Aku dah bersyukur sangat. Sebab aku taknak hampakan mak ayah , adik beradik, cikgu-cikgu.
Sapa yang taknak A+ kan? Aku pon nak. Tapi aku hanya target dapat straight's A pon dah cukup bagi aku.
Tapi keinginan untuk dapat A+ dalam semua subjek lagi tinggi. Aku takot subjek BI dengan BIOLOGY. Takot tak dapat apa yang aku target. Trial aku dulu pon bio yang tak lepas sikit. hmmm
Aku harap sangat batch 96 UFFO atau United Form Five Organisation akan dapat menaikkan nama MRSM Besut balik. Biar cikgu-cikgu bangga dengan kitorang. Amiiin. 


THANKS FOR READING!

MAS MH370 - #PrayForMH370 #2

Author: Shafinaz AinaTime: Sunday, March 09, 2014Total: 2 Comments
Sedih rasa nyer bila orang melayu+islam sendiri yang memainkan agama dan tak prihatin dengan keluarga mangsa dengan post gambar kat facebook or tweet status yang menghina mangsa MH370 ni. Even orang bukan Islam pon doakan agar MH370 ni akan jumpa dan penumpang-penumpang akan selamat.


SHARIMAN OMAR ni banyak sgt post pasal pas dan kelantan. =='
Sepatutnya orang melayu or islam patut malu bila orang asing pon berdoa untuk mangsa MH370 nih. Sampai ada orang yang main-main pasal kehilangan MH370 nih.
Maksiat ke x? Bukan kita yang tahu. Hanya Allah swt yang maha tahu. Kita berdoa jea laa semoga penumpang akan selamat. Jangan tambah kesedihan keluarga mangsa yang sedang menunggu kepulangan orang tersayang mereka. Bayangkan kalau terjadi kepada keluarga sendiri? Adakah mereka jugak buat maksiat? Mereka kesana atas urusan kerja, ada yang pasangan kahwin. Kita xde hak untuk judge mereka.
Cukup laa sekadar kita berdoa mereka selamat.
BERDOA ada banyak cara. Allah swt tahu. Walaupun tweet, hati kita pasti turut berdoa jugak kan?



THANKS FOR READING!