Transformers 4 is back!

Author: Shafinaz AinaTime: Thursday, March 06, 2014Total: 1 Comments
Tajuk gempak tak? Gempak tak? 
Seriously, masa aku scroll jea facebook tadi ada page yang post gambar Optimus Prime versi terbaru yang pegang pedang. Aku dah teruja bila tahu Transformers 4 bakal muncul. Tapi bila aku baca komen gambar tu ada orang komen yang gambar ni fanart jea. Lepas tu background dia kat Perak laa. Siap ada yang cakap kat Batu Caves pon ada. Aku start muka masam. Ingat betul-betul tadi.
Aku dah laa fanatik giler dengan transformers nih. Tengok banyak kali pon tak bosan. Nak tengok gambar?? 

Gempak tak???
Ehhh, belum abis lagi. Pagi tadi bila aku godek-godek yahoo sebab nak buka email. Aku terbaca INI. Ini bukan cubaan! Ini betul-betul! Wahhhh, aku jadi makin teruja lak. Lepas tu aku pon godek-godek fanpage transformers ni. Memang betul laa! Dah lama pasal Transformers 4 nak muncul. Aku baru jea tahu hari ni. Sedih T^T
Dan background nie bukan kat PERAK pon. Background dia kat Wulong Karst National Park on the Southeast China. Pelakon dia pon dah tukar. Dah xde lagi SAM. Tajuk movie transformer terbaru ni Transformers: Age of Extinction. Kereta BumbleBee pon dah tukar rasanya laa. Wahhhh makin syok nak tengok nih.
Pelakon:
  • Nicola Peltz as Tessa Yeager
  • Jack Reynor as Shane Dyson
  • Mark Wahlberg as Cade Yeager
Trailer dia pon baru jea keluar kat youtube!
 

Kalau korang nak tahu lagi, boleh singgah SINI, SINI, SINI. Lama laa nak tunggu keluar kat Malaysia. Belum release pon lagi movier ni. Bulan JUNE rasa nyer laa. Haishhh T^T 

Mohon bagi upah kat aina jugak KLIK KLIK KLIK. Penat aina taip tak dapat upah. Terima kasih kalau sudi klik. Nanti bagi tahu kat cbox oke??
 


THANKS FOR READING!

1 comment

Thursday, March 06, 2014

salam
waaaa xsabaq nk tengok

http://myaleo.blogspot.com/2014/03/lepak.html

Post a Comment