Potong Kuku Kucing!

Author: Shafinaz AinaTime: Sunday, June 22, 2014Total: 10 Comments
Si Kitty dah berjaya jadi seekor ibu kucing. *cam pelik jea ayat* =='

Total semua kucing kat umah sekarang ni 9 ekor. haha Terpaksa laa ayah aku beli banyak makanan kucing. Kalau lah si P'Shone dengan si Nigel ada lagi kan best T^T

Kucing yang dah besar semua letak kat luar bebas jea nak g mana. Yang lagi dua ekor anak kucing, kne kurung sebab takut hilang pulak macam si p'shone yang hilang ntah kemana. T^T

Bertambahnya anak kucing, so makin bertambahlah peratusan sofa mak aku nak dicakarnya. Setiap hari kalau yang dua ekor tu x cakar memang x sah. Sebab tu kena kurung. Kesiann

Aku bagitau mak aku nak potong sikit kuku kucing tu, tapi xde laa sampai declawing. Kejam laa siapa yang buat macam tu. Dah memang sifat semulajadi si kucing nak cakar-cakar. Ce bayang kalau kuku kau kena buat. Tak sakit ke? 

Tengah search google pasal potong kuku kucing ni, terbaca ada sarung kuku khas untuk kucing. Macam gambar ni hah. 

Haha comelkan warna warni macam ni. Search google tak jumpa laa pulak. Kat pet shop Malaysia ada jual ke benda ni. Ada yang cakap x pasti kat Malaysia ada ke x. Nak try cari ah. Siapa ada info psal ni tolong bagitau please. Takde laa sampai aku kena potong kuku kucing aku nanti. Letak benda ni pun dah comel.


THANKS FOR READING!

Ascend P7 SmartPhones

Author: Shafinaz AinaTime: Saturday, June 21, 2014Total: 0 Comments
Bila buka blog, mesti ada jea iklan nuffnang yang phone Huawei ni duk berlegar-legar dalam blog. Klik iklan ni sebab nak tengok phone ni.

Mak aihh. Tak tau laa pulak Huawei ada smartphones. Aku tahu kewujudan Huawei ni pun sebab aku guna broadband yang tulis nama Huawei. Haha tak tau laa pulak ada smartphones. 

Memang perghhhhh ah phone ni. Ultra slim design! 6.5mm thin. ! Dengan Unibody Waterdrop Curve bagai. Canggih gila kot teknologi zaman sekarang. Haha


Kalau korang nak tau lagi korang search laa sendiri. Sekarang pun aku masih kekal dengan nokia 3310 aku tuh. Haha takde duit nak beli smartphones bagai. Guna yang murah jea.

Nak kumpul duit dulu baru beli phone baru. haha ^^




THANKS FOR READING!

Tahniah Sebab Dah Bergelar Ibu

Author: Shafinaz AinaTime: Friday, June 20, 2014Total: 1 Comments
Yeahh, petang tadi aku dan mak aku jadi bidan tak bertauliah. Haha sambut anak kucing yang baru lahir. Si Kitty ni first time jadi "mak" sebab tu dari pagi tadi tak senang duduk. Asyik ikut aku jea.

Dalam kul 8 lebih tadi, mak aku cakap si Kitty ni dah beranak tapi baru keluar seekor jea. Punya excited aku g tengok si Kitty and anak dia tu. Hitam putih anak dia. Siapa laa bapak dia ek? kahkahkah. Usha perut si Kitty ni besar lagi. Maknanya ada lagi laa tu.

Tunggu punya tunggu. Tengok lagi sekor keluar. Tapi warna hitam putih jugak ==' Aku dengan mak aku punya laa takut kalau si anak kucing yang baru lahir tu mati. Sebab si Kitty ni susah tuutt tuttt anak dia tu. Perut dia agak besar jadi susah nak gerak. Terpaksa laa aku tolong dia walaupun agak berbau T^T

Akhirnya, anak kedua dah selesai. Nak tunggu lagi tak larat. Perut dia besar lagi, ada lagi kot anak kucing yang x keluar. So, kitorang biarkan dia urus sendiri. 

So, total kucing kat umah aku sekarang 7 ekor. Tak campur lagi anak si Kitty yang belum lahir. =='





THANKS FOR READING!

Mini KPOP Giveaway

Author: Shafinaz AinaTime: Friday, June 20, 2014Total: 0 Comments
*Klik Banner*



THANKS FOR READING!

Rayuan MARA Bila Nak Keluar Ha?

Author: Shafinaz AinaTime: Thursday, June 19, 2014Total: 5 Comments
Bilalah rayuan MARA nak keluar. Sakit hati dah menunggunya. Orang lain dah sambung belajar pun. Aku jea yang masih duduk kat rumah. Lepak, tidur, makan dan menggemukkan badan. Berapa laaa agaknya berat aku sekarang ni. Lama tak timbang.

Tahniah kat kawan aku yang dapat tawaran perubatan kat Rusia. Untunglah kau dah nampak masa depan. Jangan lupa kat aku nnti bila dah sampai sana. T^T 

Harap-harap rayuan MARA akan keluar dalam masa minggu depan. Bosan dah aku lama-lama duduk kat rumah ni. Jiran belakang tepi umah pun dah daftar. 

Kalau takde rezeki MARA, insyaAllah dalam bulan sept atau okt ni aku fly g Turki buat perubatan. Masih tunggu surat tawaran penuh untuk minta bantuan Yayasan Kelantan nanti. 

Jarang dah aku update blog ni. Rasa macam nak delete jea blog ni takpun nak jual. Lai lai lai. dua singgit dua singgit. Sapa mau beli.?? Ada orang ke yang nak beli blog aku ni? Merapu jea lebih. Hahaha

InsyaAllah, minggu ni dan hari akan datang aku akan rajin lagi mengupdate blog. 

p/s: Rindu Kris T^T ( nak sgt tengok first movie or drama yang dia berlakon)


THANKS FOR READING!

A New Life Begins

Author: Shafinaz AinaTime: Sunday, June 01, 2014Total: 2 Comments
Agak nya sebulan skali bru aku update (ー ー;) Aku malas nak update sebab xtau nak cerita apa. Sekarang tengah busy 'membesarkan' badan jea kat rumah. Haha (T ^ T)
Result MARA hari tu , sedih sebab takde rezeki. Tapi insyaAllah kalau ada rezeki aku dapat lepas buat rayuan MARA. Ramai kot yang tak dapat sebab ada orang cakap tahun ni ramai yang apply. Tahniah siapa yang dapat. Kawan aku Aisyah dgn Ezai pun tak dapat apply medic dekat India. Yang dapat pun Suwe dgn Padeyy jea. Tu pun dalam negara. Maybe luar negara ramai sangat mintak sbb nak g oversea. Haha 
Harap rayuan MARA aku lepas insyaAllah , amiin (^∇^). Based kpada apa yang aku selidik ramai jugak yang tolak tawaran MARA ni sebab dapat bidang yang lain. Hah? mcm mne leh jadi gitu? Ramai yg complain mintak lain dpat lain. Takde rezeki kot nk dpat bidang yang korang nak tu. Harap sapa yang tolak tu aku dapat laa yea. Hahahaha 
Aku baca kat FB MARA tu, kebanyakannya parents jea yang busy dgn result ni. Anak-anak nye mana? Haha. Harapan parents kan anak nak dapat tajaan MARA. Tapi ada jugak yang complain kenapa pinjaman bkn biasiswa? 
Agaknya anak diorg tak bagi tahu kot. Program ni sebenarnya pinjaman boleh ubah. Kiranya dapat pointer bagus baru MARA jadikan sbgai biasiswa, takpun kena bayar 50% or 10%. Kalau yang JPA-MARA baru biasiswa kot. Kesian kat MARA tiba2 ramai yang complain pasal benda ni. Haha Aku anak jati MARA. Dari form 1 sampai form 5 k! *\(^o^)/*
InsyaAllah kalau betul laa takde rezeki aku dengan MARA. Dalam bulan sept nie aku akan fly ke Turki amik medic. Disponsor oleh DMA. haha Duit Mak Ayah. (ー ー;) Dalam usaha nak cari bantuan yayasan atau MARA sebab parents aku bukan mampu sangat nk support 6 tahun kat sana. Insyaallah dgn bantuan kawan ayah aku nak tolong mintak bantuan yayasan nnti kalau betul laa aku tak dapat rayuan MARA. 
Tapi dalam hati aku, berharap sangat dengan MARA ni. Sebab taknak susahkan parents aku nak tanggung aku nanti. Dapat MARA insyaallah aku tukar pinjaman kpd biasiswa. Mak aku pun nak sangat aku dapat MARA ni. Haha 



THANKS FOR READING!