صبر @ sabar

Author: Shafinaz AinaTime: Saturday, December 19, 2015Total: 3 Comments
    Orang cakap nak datang Mesir ni kena ada satu benda صبر . Bagi aku, tak kira kat Mesir ke Malaysia ke, sabar tu perlu ada dalam diri masing-masing. Hampir 5 bulan di Mesir banyak mengajar erti hidup kat aku. Yelah anything kena buat sendiri, masak, basuh baju, bayar sewa rumah, kena g pasar beli barang dapur. Maklumlah setahun di rumah mereput tak buat kerja.

     Kadang-kadang rasa happy bila hidup berdikari macam ni, tapi kadang-kadang rasa rindu nak balik Malaysia and study kat Malaysia jea. But takkan nak patah balik kot?

     Dekat sini kena sabar dengan kerenah orang Egypt, student Malaysia kt sini pun, dengan cuaca kat sini yang tak menentu, dengan persekitaran dia lagi, dengan lecturer yang kadang kau faham kadang sepatah pun kau tak faham. Kau end up balik rumah dengan ilmu kosong... kosong... kosong...

    Result Mid Module untuk Module 2 & 3 dah keluar. And result agak kecewa laa kot. Banding dengan student lain. hmmm roommate aku pun lagi terrer result gempak walaupun dia student dentist and aku budak medic. *sigh* lagi.

     But aku salahkan diri sendiri sebab tak study well and memain je masa study week tu. Everytime skyping with my mom, she always asked me "camne study? ok tak?" that time aku rasa serba salah sangat2 sebab tak study elok. Sorry ma

     Final sem 1 tak hampir sebulan pun. Dengan practical exam,oral, essay. Duhhh semput. Dengar akak senior cerita yang essay agak emmm sikit. Before final kena siapkan assignment dengan present depan doctor lagi. Nasib baik assignment sikit jea. Wish me luck guys. Bye


THANKS FOR READING!

Takdir dan Ketentuan

Author: Shafinaz AinaTime: Friday, November 06, 2015Total: 0 Comments
Dah hampir 3 bulan berhijrah ke negara orang. Ingat lagi tahun lepas sedaya upaya taknak pilih Mesir sebagai pilihan untuk sambung belajar. Sampai semua orang tanya "kenapa tak nak pilih Mesir? ", "ramai student perubatan kat Mesir tau", "anak mak cik ade kat Mesir tuu" and blablabla. *sighs*

Pilih punya pilih semua negara tu tak dapat, and hampir setahun masa dihabiskan dekat umah. Agak membosankan sebab kerjanye asyik bangun makan tido jea. Ehh of course laa ada tolong mak "sikit" and tak lupa juga jaga zoo haiwan kat belakang umah. I mean my kucingsss and arnabss. LOL

Sekarang kat Mesir dah nak masuk musim winter. Asyik hujan jea. Kalau tak hujan pun comfirm sejuk giler tahap dalam freezer. Ni awal-awal nak masuk winter, perubahan musim gitu. First time rasa hujan ais. *jakun*


Ni pula akibat hujan. Hahahaha sampai banjir uollss kat Alexandria ni. Tram pun tak boleh nak jalan camni. Banyak class yang cancel. Tu yang syok nye. hehe


And this dekat denga Bahr or pantai. Alexandria ni dia dekat dengan pantai, So, udara dia kadang-kadang sejuk sikit. Macam yang korang nampak dalam gambar kat bawah ni yang penghadang tu sebenarnya sebelah luar dia ada jalan lagi and kena jalan sikit baru nampak pantai.And nak main air laut pun kena turun sebab ada batu-batu besar kat bawah tu. Nampak tak teruk gila banjir sampai nak tenggelam penghadang tu? 


And lastly ni gambar tempat kuliah budak-budak perubatan untuk pre-clinical. Tahun 1,2, dan 3. Untuk clinical jauh sikit dari kuliah kitorang. Ni kitorang panggil Muasah/Mouasah. Dari luar nampak agar "buruk" tapi kat dalam ok jea. haha


Ok since its already 11 pm something right now. Aku nak sambung tengok movie Harry Potter. Almaklumlah cuti 3 hari sebab cuaca teruk kat sini. Bye uolls. Assalamualaikum :D





THANKS FOR READING!

AHLAN: Not Officially Medical Student

Author: Shafinaz AinaTime: Monday, September 21, 2015Total: 0 Comments
Sekian lama tak buka blog, akhirnya tangan ni pun laju jea on laptop sebab nak aktif kan balik mood berblogging gituu. Dari tahun lepas lagi nak edit blog, tapi sampai kesudah tak terusik. Stop pasal blog, nak update benda terbaru.

11/8/2015 flight dari Kota Bharu ke Kul, transit ke Bangkok selama sejam jea dan akhirnya selamat tiba di bumi Mesir. Kami seramai 23 orang pelajar perubatan dan pergigian kalau tak salah, datang dibawah Yayasan Islam Kelantan or YIK. Semua guna duit mak ayah sendiri dulu. Interview YAKIN belum lagi.

Kami yang tujuh orang ni pilih University Alexandria. 6 girls 1 boy, kena lah ikut senior pergi Alexandria. So far dah hampir sebulan kitorang di Mesir, alhamdulillah rumah sewa, barang-barang di rumah hampir complete kecuali yuran uni jea. hehehe Kitorang datang awal sebulan kat Mesir ni. Kiranye senior first year gituuu.

Tak banyak sangat tempat yang kitorang dah jelajah buat masa sekarang. Takpe laa sempat jea, 6 tahun disini. Will update in next entry about places yang saya dah pergi.

3/10 baru class kitorang start and yes kitorang raya korban di Mesir buat kali pertama. hahaha dont have baju raya dan Alia, Insyi and i going back to "Kampung" kat Cairo. haha kampung laa sangat. Act xnak balik pun, tapi terpaksa balik jugak. Nanti I update raya kat kampung I tu yee.

So, bye for now. Next update I post sekali dengan gambar iolls kat sini



THANKS FOR READING!