صبر @ sabar

Author: Shafinaz AinaTime: Saturday, December 19, 2015Total: 3 Comments
    Orang cakap nak datang Mesir ni kena ada satu benda صبر . Bagi aku, tak kira kat Mesir ke Malaysia ke, sabar tu perlu ada dalam diri masing-masing. Hampir 5 bulan di Mesir banyak mengajar erti hidup kat aku. Yelah anything kena buat sendiri, masak, basuh baju, bayar sewa rumah, kena g pasar beli barang dapur. Maklumlah setahun di rumah mereput tak buat kerja.

     Kadang-kadang rasa happy bila hidup berdikari macam ni, tapi kadang-kadang rasa rindu nak balik Malaysia and study kat Malaysia jea. But takkan nak patah balik kot?

     Dekat sini kena sabar dengan kerenah orang Egypt, student Malaysia kt sini pun, dengan cuaca kat sini yang tak menentu, dengan persekitaran dia lagi, dengan lecturer yang kadang kau faham kadang sepatah pun kau tak faham. Kau end up balik rumah dengan ilmu kosong... kosong... kosong...

    Result Mid Module untuk Module 2 & 3 dah keluar. And result agak kecewa laa kot. Banding dengan student lain. hmmm roommate aku pun lagi terrer result gempak walaupun dia student dentist and aku budak medic. *sigh* lagi.

     But aku salahkan diri sendiri sebab tak study well and memain je masa study week tu. Everytime skyping with my mom, she always asked me "camne study? ok tak?" that time aku rasa serba salah sangat2 sebab tak study elok. Sorry ma

     Final sem 1 tak hampir sebulan pun. Dengan practical exam,oral, essay. Duhhh semput. Dengar akak senior cerita yang essay agak emmm sikit. Before final kena siapkan assignment dengan present depan doctor lagi. Nasib baik assignment sikit jea. Wish me luck guys. Bye


THANKS FOR READING!