Feeling Old?

Author: Shafinaz AinaTime: Sunday, October 23, 2016Total: 2 Comments
Hi guys. I guess im back again. Since my laptop skrin dia pecah seribu tak macam hati aku yang pecah tak mampu di repair lagi aku dah jarang on laptop. Dah laa pecah sebelum balik mesir. Terpaksa bawak my sis punya laptop.

Dia punya feel nak guna laptop kakak aku memang kosong~~ kosong~~. Nak tengok movie dalam tu pun jadi takde mood. (aku sorang jea ke yang mcm ni??) So next summer break wajib balik untuk ambil balik my laptop 😭

Btw since second year dah start tak sampai sebulan, dah ada exam end of module. only 25 mcq for 25 minutes. Nak jalan p uni pun dah amik masa 30 minutes. Kau rasa? 

And adik-adik first year pun dah sampai and dah start kelas.(acah-acah senior 😛). But tak sempat nak berjumpa gitttewww. Maybe terserempak otw ke uni tapi tak perasan kot. Biasa laa bila i jalan dah tak kiri kanan dah, except bila nak lintas jalan. 

For sure kitorang hakak-hakak dgn abang senior tahun dua ni dah kebal and pro bila nak lintas jalan kat mesir ni. Walaupun kadang-kadang guna local egyption as a shield setiap kali nak lintas. Mana tak nye asyik nampak jea budak malaysia nk cross the road makin laju pulak kereta. But tak semua, ada jea egyption yang baik slowkan kereta bagi kitorang lintas. (sebab kitorang comel kot.) muahhh ciked.  lol




THANKS FOR READING!

Chipsmore Punya Kawan

Author: Shafinaz AinaTime: Wednesday, August 10, 2016Total: 1 Comments
Masa senang ramai, masa susah semua pentingkan diri. Tak perlu cakap pun aku akan cuba usaha, tapi kenapa nampak macam kau pentingkan diri. Nilai tu tak bukan sikit. Sekurangnya jangan laa buat ayat macam tu. Kecewa .

Agaknya ni petunjuk Allah nak bagi dekat keputusan aku buat sebelum ni. Takpe laa ni last. Dah macam kes putus cinta jea. hew hew hew

P/S: service Qatar Airways Malaysia teruk gila. Call tak angkat asyik cakap nk sambungkan dekat operator tapi hampehhh habis kan kredit aku jea duk call. Akhirnya try email Qatar Airways sndri, harap laa dorg reply secepat mungkin. 


THANKS FOR READING!

Takdir Manusia Berbeza

Author: Shafinaz AinaTime: Friday, August 05, 2016Total: 2 Comments
Tak tahu laa kalau tajuk post berkait ke tak dengan apa yang aku nak ceritakan. Since balik hari tu malas benar aku nak on laptop update tambah pulak dengan kesihatan aku yang tak beberapa ok lepas sampai Malaysia. 

Tak serius sangat cuma cepat letih dan doktor bagi ubat untuk replace balik blood cell yang hilang. Alhamdulillah sakit tak teruk.

Result dah final year dah keluar dan result agak laa tak memuaskan. Tapi padan muka laa sebab tak study betul. Cuti ni kena study balik tak boleh main-main dah. 

Tipu kalau tak jealous tengok orang yang tak study sangat dapat result lagi better dari kita. Tapi nak buat macam mana kalau dah tu rezeki dia kan. And yuhuuuu lagi 2 bulan naik tahun dua jadi student medicine. 

Harap doakan keadaan aku semakin sihat :)


THANKS FOR READING!

Beli Online

Author: Shafinaz AinaTime: Sunday, June 12, 2016Total: 3 Comments
     Sedang khusyuk study pharmacology ( ehh khusyuk ke? ) ter on ipad sesaje nak scroll blog, chatbox. Then terbuka satu website online tengah sale. 
    Kemain excited lagi select barang masuk cart, isi address, card bank bagai guna debit card. Sampai ke payment, hancur hati ku retak beribu-ribu bila no phone malaysia dah lama tak aktif. Macam nak dpt tac kalau tak aktif kan 😭.

    Maka berhuhuhuhu laa aku sendirian menghadap ipad. Mengharapkan bantuan my sistur di Malaysia untuk bagi pinjam duit beli online. Kalau tak kena tunggu sampai balik malaysia laa gayanye. 


 


THANKS FOR READING!

Ramadhan 5 1437H Egypt

Author: Shafinaz AinaTime: Saturday, June 11, 2016Total: 3 Comments
     Hi gaisss, Salam 5 Ramadhan. Tahun pertama sambut bulan puasa kat perantauan ni agak mencabar (poyo jea mencabar, puasa jea pun) lol. Bangun sahur sendiri, masak sendiri untuk berbuka dan sahur. Sebenarnya dah biasa pun sebab dulu sekolah asrama, kena bangun sendiri laa kan kecuali masak tu memang tak laa nak masak kan kt sekolah.

    Tapi kalau ikutkan dia punya semangat sambut bulan kat negara orang, semangat dia tu fuhhh kalah orang yang masak untuk suami bagi yang baru kahwin. Aku agak jea sebab belum kahwin lagi.lol.

     Sepanjang bulan puasa aku punya feel sambut Ramadhan ni sanggup fikir nak buat kuih apa untuk berbuka, tak syok kalau berbuka makan nasi jea kan. Mestilah kena ada at least dessert dan tak laa kosong sangat meja tu ada lauk dengan nasi jea kan?

     First turn aku masak bulan puasa aku buat brownies yg serbuk yang jual supermarket tu jea. Senang cuma tambah bahan lepas tu bakar dalam oven. Second turun aku cuba pulak buat akok made in Egypt. Agak laa menjadi cuma kulit dia melekat dekat acuan. hehehe nasib baik housmate puji sedap macam akok kat bazaar jual.

     Cakap pasal bazaar ramadhan, kat sini ramai jea student malaysia yang jual makanan tapi takde laa setiap hari. Nampak sedap tapi tak pergi pun sebab malas. 


     Kalau bazar egyptian takde laa best sangat, diorang punya manisan tu komfem kalau sebulan korang dapat diabetes. lol gurau jea. Ada jea manisan dorang yang sedap and tak terlalu manis. Belum habis ronda lagi. Tunggu habis exam module 4 baru ronda balik ye.

     Tak sabar nak pergi bazar kat rumah balik nanti. I want ketupat sotong and akok panas-panas. Nak rendang ayam jugak. T_T korang suka kuih apa masa bulan ramadhan ni? 😋





THANKS FOR READING!

#ThrowBack Egypt Part 1

Author: Shafinaz AinaTime: Friday, June 10, 2016Total: 0 Comments
     Pejam celik pejam celik dah hampir setahun aku bergelar mahasiswi perubatan di cawangan Iskandariah Mesir. Dah nak habis semester 2 pun. Sekarang tengah final exam sem. Yang mana exam module 4 musculoskeletal system (subjek agak menyeramkan bagi first year aku rasa) pada 13/6 ni. Mana tak nye banyak benor nak hafal segala jenis muscle dengan nerve lagi branches dia apa entah.Tapi lumrah laa kan kita belajar nak dapat ilmu bukan senang. Best jea sebenarnya belajar anatomy ni kalau pandai susun masa untuk study. Takde laa asyik merenung phone scroll facebook dengan twitter takpun layan drama online. :P
     Doakan sis jawab exam module 4 ni pleaseeeeee ! T_T . Habis module 4, kitorang still ada exam practical dengan oral yang mana oral tu semua orang berdoa dapat doktor yang baik yang tak bagi soalan susah. Semester lepas alhamdulillah aku dapat doktor yang comel lagi baik hati. Soalan yang aku tak tahu, aku cakap laa tak tahu then dia bagi next question yang mana dapat aku jawab dengan baik. So dapat laa markah walau tak full dari kosong kan.
     Habis exam jea keesokkan tu aku kena pergi Cairo sebab nak setelkan pasal KPT. Yang mana nama aku tak ada dalam data kementerian. What The Heck! aku ada bukti kot yang KPT bagi surat yang cakap aku ni berdaftar dengan KPT. Dah laa ustaz tu suruh bayar $50 usd. Mahal kot weh. Tak kira aku nak fight juga nanti kenapa aku kena bayar and kenapa nama aku takde dalam data. Salah sapa ha? jawab ha jawab?
     Takmau marah-marah bulan puasa ni ha. So, cheq nak habaq laa yang cheq dah umur 20 ckup. Dah tua cheq sekarang ni, hmm kena kahwin laa gamaknye. Mekasih housmate dengan ex-housemate belanja makan besauuuuu hari tu. Kenyang den ni ha. Mane tak naik berat badan asyik makan aje koje nye. Harap laa balik Malaysia nanti berat den turun laa yo. Tak muat baju rayo karang. Tak memasal den kena buat baju rayo baru.
     Cakap pasal balik Malaysia, hampa semua tunggu aku noh. 27/6 ni cheq sampai Malaysia. Mohon jemput aku ramai-ramai ye kat KLIA nanti.Jangan lupa bawak buah tangan. Buat banner besau besauu. Banyak pulak aku merapu, sorry tercampur loghat dalam ni maklumlah excited nak balik Malaysia. Btw Salam Ramadhan, kat sini  subuh 3 pagi maghrib lak pukul 7 malam. Semput nak.
     Dah besar dah Maru, dah leh jadi bapak kucing pun. Kuat mengeluh dia ni, pantang orang pegang sikit mula lah mengeluh, dah laa kuat giler dia mengeluh. Ikut perangai sapa pun tak tau le.



THANKS FOR READING!

Final Exam for Semester 1

Author: Shafinaz AinaTime: Friday, January 08, 2016Total: 3 Comments
     Lagi seminggu nak final sem 1. Rasa banyak lagi yang tak tahu. Tak tahu nak jawab apa time exam nanti. Seriously, yang mid exam hari tu dah down giler sebab markah rendah sangat.
     Bila scroll twitter banyak jugak yang cakap nak give up amik course medic ni sebab tak faham, and exam susah. Tapi sebab duit and fikir harapan mak ayah, tak jadi give up. 
    Serius aku cakap, time first lecture dulu satu pun aku tak faham. Lagi-lagi kalau biochemistry. Dia punya pathway kalau korang start dari awal tak faham, jawabnye nganga jea laa korang 1 jam lecture tu. Alhamdulillah, kawan-kawan kat sini semua support. Ada mentor/study group. So boleh laa nak catch up balik. 
     Sekarang ni kelas pun selalu habis lewat. Start dari pukul 8 sampai laa pukul 4 petang. Kadang-kadang lecture takde gap langsung. So, kitorang kena pandai-pandai cari masa nak solat. 
     Pernah kitorang habis kelas kul 2.30 and pukul 2.50 dah masuk asar. Cepat-cepat lari p masjid, solat. Well itu lebih kurang macam pengalaman laa kot.
    Yang ni nama dia Maru atau nama penuh Hagemaru. Hahaha kucing beli kot ni. Ni tengah teman mummy dia siap slide untuk presentation hari ahad ni. Ni pun lepas mummy dia merajuk ajak tido taknak. Berlagak puiii
    p/s: Sorry guys tak sempat nak blogwalking. InsyaAllah nanti winter break i bw sambil follow balik korang ye. Maalish :P


THANKS FOR READING!