Beli Online

Author: Shafinaz AinaTime: Sunday, June 12, 2016Total: 3 Comments
     Sedang khusyuk study pharmacology ( ehh khusyuk ke? ) ter on ipad sesaje nak scroll blog, chatbox. Then terbuka satu website online tengah sale. 
    Kemain excited lagi select barang masuk cart, isi address, card bank bagai guna debit card. Sampai ke payment, hancur hati ku retak beribu-ribu bila no phone malaysia dah lama tak aktif. Macam nak dpt tac kalau tak aktif kan 😭.

    Maka berhuhuhuhu laa aku sendirian menghadap ipad. Mengharapkan bantuan my sistur di Malaysia untuk bagi pinjam duit beli online. Kalau tak kena tunggu sampai balik malaysia laa gayanye. 


 


THANKS FOR READING!

Ramadhan 5 1437H Egypt

Author: Shafinaz AinaTime: Saturday, June 11, 2016Total: 3 Comments
     Hi gaisss, Salam 5 Ramadhan. Tahun pertama sambut bulan puasa kat perantauan ni agak mencabar (poyo jea mencabar, puasa jea pun) lol. Bangun sahur sendiri, masak sendiri untuk berbuka dan sahur. Sebenarnya dah biasa pun sebab dulu sekolah asrama, kena bangun sendiri laa kan kecuali masak tu memang tak laa nak masak kan kt sekolah.

    Tapi kalau ikutkan dia punya semangat sambut bulan kat negara orang, semangat dia tu fuhhh kalah orang yang masak untuk suami bagi yang baru kahwin. Aku agak jea sebab belum kahwin lagi.lol.

     Sepanjang bulan puasa aku punya feel sambut Ramadhan ni sanggup fikir nak buat kuih apa untuk berbuka, tak syok kalau berbuka makan nasi jea kan. Mestilah kena ada at least dessert dan tak laa kosong sangat meja tu ada lauk dengan nasi jea kan?

     First turn aku masak bulan puasa aku buat brownies yg serbuk yang jual supermarket tu jea. Senang cuma tambah bahan lepas tu bakar dalam oven. Second turun aku cuba pulak buat akok made in Egypt. Agak laa menjadi cuma kulit dia melekat dekat acuan. hehehe nasib baik housmate puji sedap macam akok kat bazaar jual.

     Cakap pasal bazaar ramadhan, kat sini ramai jea student malaysia yang jual makanan tapi takde laa setiap hari. Nampak sedap tapi tak pergi pun sebab malas. 


     Kalau bazar egyptian takde laa best sangat, diorang punya manisan tu komfem kalau sebulan korang dapat diabetes. lol gurau jea. Ada jea manisan dorang yang sedap and tak terlalu manis. Belum habis ronda lagi. Tunggu habis exam module 4 baru ronda balik ye.

     Tak sabar nak pergi bazar kat rumah balik nanti. I want ketupat sotong and akok panas-panas. Nak rendang ayam jugak. T_T korang suka kuih apa masa bulan ramadhan ni? 😋





THANKS FOR READING!

#ThrowBack Egypt Part 1

Author: Shafinaz AinaTime: Friday, June 10, 2016Total: 0 Comments
     Pejam celik pejam celik dah hampir setahun aku bergelar mahasiswi perubatan di cawangan Iskandariah Mesir. Dah nak habis semester 2 pun. Sekarang tengah final exam sem. Yang mana exam module 4 musculoskeletal system (subjek agak menyeramkan bagi first year aku rasa) pada 13/6 ni. Mana tak nye banyak benor nak hafal segala jenis muscle dengan nerve lagi branches dia apa entah.Tapi lumrah laa kan kita belajar nak dapat ilmu bukan senang. Best jea sebenarnya belajar anatomy ni kalau pandai susun masa untuk study. Takde laa asyik merenung phone scroll facebook dengan twitter takpun layan drama online. :P
     Doakan sis jawab exam module 4 ni pleaseeeeee ! T_T . Habis module 4, kitorang still ada exam practical dengan oral yang mana oral tu semua orang berdoa dapat doktor yang baik yang tak bagi soalan susah. Semester lepas alhamdulillah aku dapat doktor yang comel lagi baik hati. Soalan yang aku tak tahu, aku cakap laa tak tahu then dia bagi next question yang mana dapat aku jawab dengan baik. So dapat laa markah walau tak full dari kosong kan.
     Habis exam jea keesokkan tu aku kena pergi Cairo sebab nak setelkan pasal KPT. Yang mana nama aku tak ada dalam data kementerian. What The Heck! aku ada bukti kot yang KPT bagi surat yang cakap aku ni berdaftar dengan KPT. Dah laa ustaz tu suruh bayar $50 usd. Mahal kot weh. Tak kira aku nak fight juga nanti kenapa aku kena bayar and kenapa nama aku takde dalam data. Salah sapa ha? jawab ha jawab?
     Takmau marah-marah bulan puasa ni ha. So, cheq nak habaq laa yang cheq dah umur 20 ckup. Dah tua cheq sekarang ni, hmm kena kahwin laa gamaknye. Mekasih housmate dengan ex-housemate belanja makan besauuuuu hari tu. Kenyang den ni ha. Mane tak naik berat badan asyik makan aje koje nye. Harap laa balik Malaysia nanti berat den turun laa yo. Tak muat baju rayo karang. Tak memasal den kena buat baju rayo baru.
     Cakap pasal balik Malaysia, hampa semua tunggu aku noh. 27/6 ni cheq sampai Malaysia. Mohon jemput aku ramai-ramai ye kat KLIA nanti.Jangan lupa bawak buah tangan. Buat banner besau besauu. Banyak pulak aku merapu, sorry tercampur loghat dalam ni maklumlah excited nak balik Malaysia. Btw Salam Ramadhan, kat sini  subuh 3 pagi maghrib lak pukul 7 malam. Semput nak.
     Dah besar dah Maru, dah leh jadi bapak kucing pun. Kuat mengeluh dia ni, pantang orang pegang sikit mula lah mengeluh, dah laa kuat giler dia mengeluh. Ikut perangai sapa pun tak tau le.



THANKS FOR READING!