Ramadhan 5 1437H Egypt

Author: Shafinaz AinaTime: Saturday, June 11, 2016Total: 3 Comments
     Hi gaisss, Salam 5 Ramadhan. Tahun pertama sambut bulan puasa kat perantauan ni agak mencabar (poyo jea mencabar, puasa jea pun) lol. Bangun sahur sendiri, masak sendiri untuk berbuka dan sahur. Sebenarnya dah biasa pun sebab dulu sekolah asrama, kena bangun sendiri laa kan kecuali masak tu memang tak laa nak masak kan kt sekolah.

    Tapi kalau ikutkan dia punya semangat sambut bulan kat negara orang, semangat dia tu fuhhh kalah orang yang masak untuk suami bagi yang baru kahwin. Aku agak jea sebab belum kahwin lagi.lol.

     Sepanjang bulan puasa aku punya feel sambut Ramadhan ni sanggup fikir nak buat kuih apa untuk berbuka, tak syok kalau berbuka makan nasi jea kan. Mestilah kena ada at least dessert dan tak laa kosong sangat meja tu ada lauk dengan nasi jea kan?

     First turn aku masak bulan puasa aku buat brownies yg serbuk yang jual supermarket tu jea. Senang cuma tambah bahan lepas tu bakar dalam oven. Second turun aku cuba pulak buat akok made in Egypt. Agak laa menjadi cuma kulit dia melekat dekat acuan. hehehe nasib baik housmate puji sedap macam akok kat bazaar jual.

     Cakap pasal bazaar ramadhan, kat sini ramai jea student malaysia yang jual makanan tapi takde laa setiap hari. Nampak sedap tapi tak pergi pun sebab malas. 


     Kalau bazar egyptian takde laa best sangat, diorang punya manisan tu komfem kalau sebulan korang dapat diabetes. lol gurau jea. Ada jea manisan dorang yang sedap and tak terlalu manis. Belum habis ronda lagi. Tunggu habis exam module 4 baru ronda balik ye.

     Tak sabar nak pergi bazar kat rumah balik nanti. I want ketupat sotong and akok panas-panas. Nak rendang ayam jugak. T_T korang suka kuih apa masa bulan ramadhan ni? 😋





THANKS FOR READING!

3 comments

Saturday, June 11, 2016

teringat kenangan berpuasa kat UK selama 19 jam dulu.. masa tu musim summer.. berbuka sensorang kat rumah sebab housemate semua non muslim... :P

Saturday, June 11, 2016

@Spenda Lusuh egypt skrg pun summer. nasib egypt 16 jam jea 😛

Sunday, June 12, 2016

lagi best puasa masa summer compared to winter.. masa winter tu asyik lapar jer...

Post a Comment