#ThrowBack Egypt Part 1

Author: Shafinaz AinaTime: Friday, June 10, 2016Total: 0 Comments
     Pejam celik pejam celik dah hampir setahun aku bergelar mahasiswi perubatan di cawangan Iskandariah Mesir. Dah nak habis semester 2 pun. Sekarang tengah final exam sem. Yang mana exam module 4 musculoskeletal system (subjek agak menyeramkan bagi first year aku rasa) pada 13/6 ni. Mana tak nye banyak benor nak hafal segala jenis muscle dengan nerve lagi branches dia apa entah.Tapi lumrah laa kan kita belajar nak dapat ilmu bukan senang. Best jea sebenarnya belajar anatomy ni kalau pandai susun masa untuk study. Takde laa asyik merenung phone scroll facebook dengan twitter takpun layan drama online. :P
     Doakan sis jawab exam module 4 ni pleaseeeeee ! T_T . Habis module 4, kitorang still ada exam practical dengan oral yang mana oral tu semua orang berdoa dapat doktor yang baik yang tak bagi soalan susah. Semester lepas alhamdulillah aku dapat doktor yang comel lagi baik hati. Soalan yang aku tak tahu, aku cakap laa tak tahu then dia bagi next question yang mana dapat aku jawab dengan baik. So dapat laa markah walau tak full dari kosong kan.
     Habis exam jea keesokkan tu aku kena pergi Cairo sebab nak setelkan pasal KPT. Yang mana nama aku tak ada dalam data kementerian. What The Heck! aku ada bukti kot yang KPT bagi surat yang cakap aku ni berdaftar dengan KPT. Dah laa ustaz tu suruh bayar $50 usd. Mahal kot weh. Tak kira aku nak fight juga nanti kenapa aku kena bayar and kenapa nama aku takde dalam data. Salah sapa ha? jawab ha jawab?
     Takmau marah-marah bulan puasa ni ha. So, cheq nak habaq laa yang cheq dah umur 20 ckup. Dah tua cheq sekarang ni, hmm kena kahwin laa gamaknye. Mekasih housmate dengan ex-housemate belanja makan besauuuuu hari tu. Kenyang den ni ha. Mane tak naik berat badan asyik makan aje koje nye. Harap laa balik Malaysia nanti berat den turun laa yo. Tak muat baju rayo karang. Tak memasal den kena buat baju rayo baru.
     Cakap pasal balik Malaysia, hampa semua tunggu aku noh. 27/6 ni cheq sampai Malaysia. Mohon jemput aku ramai-ramai ye kat KLIA nanti.Jangan lupa bawak buah tangan. Buat banner besau besauu. Banyak pulak aku merapu, sorry tercampur loghat dalam ni maklumlah excited nak balik Malaysia. Btw Salam Ramadhan, kat sini  subuh 3 pagi maghrib lak pukul 7 malam. Semput nak.
     Dah besar dah Maru, dah leh jadi bapak kucing pun. Kuat mengeluh dia ni, pantang orang pegang sikit mula lah mengeluh, dah laa kuat giler dia mengeluh. Ikut perangai sapa pun tak tau le.



THANKS FOR READING!